Selamat Tinggal Google Authorship

Selamat Tinggal Google Authorship. Semuanya telah tamat setelah tiga tahun google authorship berfungsi. Hari ini saya telah memeriksa authorship saya di rich snippet tool dan mendapati semuanya telah hilang.

Pada mulanya saya ingatkan ada berlaku kesalahan pada blog saya yang baru menggunakan protokol HTTPS tetapi rupa-rupanya tidak. Setelah membuat pencarian di internet saya terjumpa pernyataan dari John Mueller dari webmaster tool melalui google+ post. Pernyataan tersebut menyatakan bahawa google akan berhenti daripada menunjukkan authorship di enjin carian dan tidak akan ada lagi tracking data dari content menggunakan rel=author markup.

Walaubagaimanapun kata beliau penurunan fungsi #authorship dari enjin carian itu tidak akan menjejaskan traffic sesebuah blog ataupun klik pada iklan. Perubahan itu dibuat untuk menambah baik user experience di masa akan datang.

Sungguhpun begitu,google akan terus komited dan memberi sokongan kuat dan padu kepada structured markup(seperti schema.org). Ini kerana markup tersebut telah membantu enjin carian memahami content dan context dalam sesebuah website dan akan terus menggunakannya untuk menunujukkan rich snippet di enjin carian.

Pada penghujung june 2014 yang lepas google telah membuang semua gambar author dari enjin carian dan hanya meninggalkannya secara bylines untuk qualified keputusan authorship. Pada awal bulan ogos 2014 google telah remove author stat dari webmaster tool. Dah macam-macam perkara kebelakangan ini google lakukan. Waduh kepeningan ane..

Ada dua sebab google menamatkan authorship


  • Low adoption rates by authors and webmasters

  • Low value to searchers

Kalau mahu lebih lanjut sila baca deh di It’s Over: The Rise & Fall Of Google Authorship For Search Results