SEO

Adakah Menggunakan Keyword Sebagai Ganti Nama Dianggap Spam?

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Kebelakangan ini ramai blogger menggunakan keyword sebagai ganti nama diruangan komen ketika melakukan blogwalking. Kenapa mereka melakukan sedemikian. Antara tujuannya ialah supaya blog atau artikel yang menjadi anchor text mendapat kedudukan yang baik di SERP dengan keyword tersebut. Tetapi adakah dengan cara sebegini ianya mendapat hasil yang baik dan tidak dikira sebagai “Keyword spam” oleh google.

Adakah ianya dianggap sebagai link scheme oleh google dan dikenakan penalti.

Berikut video dari Matt Cutts berkaitan dengan perkara di atas.

Pernyataan dari Matt Cutts, terdapat dua perkara yang mungkin akan membahayakan website atau blog sebagaimana di bawah:

  1. Menggunakan keyword yang seharusnya ditulis nama ketika mengomen diruangan komen
  2. Menggunakan ruangan komen hanya untuk membuat dan membina backlink semata-mata

Adakah pernyataan ini hanyalah sekadar untuk memanipulasi minda webmaster ataupun blogger?

9 Comments

Leave a Reply