Cara Membuat Semakan Bil Elektrik Secara Online

Posted on

Semakan bil elektrik secara online. Nak dijadikan cerita, hari ini saya telah membuat pendaftaran perkhidmatan MYTNB. Ini bertujuan untuk memudahkan saya untuk menyemak bil elektrik secara online dan seterusnya membuat pembayaran.

Di bawah ini dikongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda ingin membuat semakan ataupun pembayaran bil TNB secara online.

semakan bil elektrik secara online

Apakah langkah yang perlu dilakukan terlebih dahulu?

Sebelum anda memperolehi akses untuk membuat semakan bil elektrik secara online, terlebih pengguna hendaklah melakukan pendaftaran akaun MYTNB. Akan tetapi anda tidak perlu risau, pendaftaran akaun MYTNB boleh dilakukan secara online. Cara daftar akaun myTNB secara online adalah sebagaimana di bawah.

Cara daftar akaun TNB secara online

  1. Klik pautan -> https://www.mytnb.com.my/ dan anda akan dibawa ke laman MYTNB sejurus selepas itu. Tekan butang “Register Now” ataupun terus klik link INI. Anda akan dibawa ke laman myTNB Account Registration
  2. Masukkan maklumat seperti nama, jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan, akaun email dan password pilihan anda. Jangan lupa tandakan tick pada bahagian terms @ condition dan review @ acknowledgement. Tandakan juga pada ruangan i’m not a robot.
  3. daftar akaun tnb online

  4. Setelah selesai, klik butang “Create Account”.
  5. Langkah seterusnya ialah buka akaun email yang telah didaftarkan tadi. Activation link telah dihantar ke email tersebut.
  6. Email tersebut bertajuk “Welcome to myTNB Self-Service Portal(SSP)”. Buka email tersebut dan klik “activation link”. Kandungan email yang mengandungi activation link sebagaimana di bawah.
  7. daftar akaun tnb

  8. Selesai sudah daftar akaun TNB secara online. Kalau kurang faham tonton video di bawah ini.

Tutorial pendaftaran akaun myTNB melalui video

Anda kurang faham dengan penjelasan di atas, tonton video ringkas dan padat di bawah ini.

Cara semak bil elektrik secara online

Jika anda sudah berjaya melakukan pendaftaran, maka anda sudah boleh membuat semakan bil elektrik secara online mulai sekarang. Ikuti langkah-langkah sebagaimana di bawah.

  1. Klik https://www.mytnb.com.my/User/Login. Masukkan alamat email dan password yang telah didaftarkan tadi.
  2. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya sebagaimana gambar di bawah.
  3. langkah untuk semak bil elektrik

  4. Klik “Edit myTNB profile” di sebelah kiri dan masukkan nombor handphone anda. Anda juga boleh membuat pertukaran password di bahagian profile ini.
  5. Buat pilihan samada akaun anda invidu ataupun kontraktor di sebelah kanan. Pilih salah satu. Sekiranya anda memilih akaun individu paparan sebagaimana di bawah akan kelihatan.
  6. semakan bil elektrik secara online

  7. Klik “manage akaun”. Masukkan nombor akaun bil elektrik dan juga nombor telefon .
  8. Klik “View Details” untuk melihat maklumat akaun dan juga untuk membuat semakan bil elektrik serta melakukan pembayaran bil secara online.

Sekian terima kasih diucapkan kerana sudi membaca artikel di blog saya. Sekiranya ada pertanyaan, sila ajukan diruangan komen di bawah.

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.