Pembentangan Bajet 2017 Malaysia

Posted on

Bajet 2017 Malaysia. Seisi pembentangan belanjawan 2017 ini berlangsung pada 21 OKtober 2016 jam 4.00 petang di Dewan Rakyat. Siaran langsung pembentangan boleh diikuti dikesemua saluran stesen televisyen utama di Malaysia seperti TV3, TV9 dan juga RTM.

Belanjawan Malaysia 2017 ini disifatkan sebagai bajet komitmen sebagai langkah padu untuk terus memacu pembangunan ekonomi negara pada masa kini dan akan datang.
bajet 2017 malaysia

Intipati bajet 2017 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pembaca juga boleh mengikuti live streaming bajet 2017 Malaysia menerusi pautan di bawah ini.

[+] Klik sini untuk tonton secara online.

Intipati Bajet 2017 Malaysia

Tema belanjawan 2017 ialah merancakkan pertumbuhan, memastikan pengurusan fiskal secara berhemah dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Intipati belanjawan telah dikemaskini sebagaimana berikut:

  • Belanjawan 2017 telah memperuntukkan RM260.8 bilion mempamerkan peningkatan sebanyak 3.4% daripada pengubahsuaian bajet 2016.
  • RM214.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  • Sebanyak RM77.4 bilion untuk emolumen manakala RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
  • Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi RM25.9 bilion, diikuti sektor sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion dan pentadbiran RM2.5 bilion
  • Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun 2017 dijangka berkembang sebanyak 3% kepada RM219.7 bilion.
  • Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal adalah sebanyak 3% keluaran dalam negara kasar(KDNK) pada 2017
  • Hampir RM30 bilion kutipan GST dikutip setakat 19 Oktober 2016
  • Keluaran dalam negara kasar per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada USD23,100 pada 2012 kepada USD26,891 pada tahun 2015
  • Jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
  • Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana
  • Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin
  • Had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam dinaikkan kepada RM200,000 hingga RM750,000
  • Pengujudan Gred 56 bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar
  • Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar
  • Sebanyak RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)
  • RM350 juta diperuntukkan bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli
  • Sebanyak RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil
  • Sebanyak RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara
  • RM200 juta untuk membina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi golongan B40 pada harga RM40,000 hingga RM50,000 seunit, dengan pembiayaian kerajaan sebanyak RM20,000
  • Sebanyak RM275 juta dipruntukkan untuk membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40
  • Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam
  • Pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1,200
  • Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan kepada RM900
  • Pemberian BR1M kepada individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan RM450
  • RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri
  • Kerajaan menyediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000
  • Pembinaan 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran
  • Skim pembayaran akhir khas jenis “step-up” untuk program PR1MA, bagi pembiayaan 1ebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus
  • Sebanyak RM100 juta untuk membina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak
  • Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan, surat khabar bercetak, smartphone dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium
  • RM40 juta bagi inisiatif NBOS Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2
  • Sebanyak RM450 juta diperuntukkan untuk penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN tahun 2017
  • Peruntukan sebanyak RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan
  • Sebanyak RM20 juta disediakan dalam usaha mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama pihak swasta dan NGO dengan menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian peralatan untuk “non-profit charitable” hospital
  • RM1.3 bilion untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga yang kompetitif
  • Geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, memanfaatkan 12,000 pemandu teksi
  • Menggalakkan golongan B40 (penerima BR1M) menjana pendapatan sebagai pemandu “ride sharing” seperti Uber
  • Meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong pada tahun hadapan
  • RM1 bilion bagi meluaskan liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara sehingga 20 Mbps
  • RM570 juta bagi membangunkan semula 120 buah sekolah daif, 60 di Semenanjung, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunakan IBS serta menaik taraf 1,800 makmal sains
  • RM478 juta bagi menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk 8 buah sekolah baharu
  • Diskaun sebanyak 10 hingga 15 peratus bagi peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pada 22 Okt 2016 hingga Disember 2017
  • Peruntukan RM55 bilion untuk pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line sepanjang 600 km yang menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur
  • Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM15.1 bilion termasuk RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset-aset utama
  • Pemberian Bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan. Pembayaran akan dilakukan pada januari 2017.

Sekian intipati bajet 2017 Malaysia.

Sumber : BERNAMA

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.