18 Ciri Calon Suami Yang Baik, Idaman Setiap Wanita

Posted on

Setiap orang perempuan pasti mempunyai keinginan untuk memiliki calon suami yang baik. walaubagaimanapun setiap orang mempunyai kriteria yang tersendiri mengenai lelaki idaman mereka. Bukan sahaja orang perempuan, setiap lelaki juga mempunyai kriteria yang berbeza. Pokok pangkalnya semua orang pasti menginginkan pasangan yang terbaik dalam kehidupan mereka setelah bergelar suami isteri.

Jadi, bagaimana pula kriteria anda? Adakah calon suami yang anda inginkan memiliki 18 ciri yang saya senaraikan di bawah ini. Jika ianya bertepatan, saya yakin lelaki tersebut merupakan calon suami yang baik.

calon suami yang baik
Sumber : google image calon suami

1. Agama.
Kenapa saya senaraikan kriteria ini dikedudukan yang paling atas. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana ini merupakan kriteria terpenting dan ianya akan mempunyai kaitan dengan kriteria yang lain di bawahnya. Adakah anda yakin semua kriteria di bawah ini dimiliki sekiranya anda tidak mengetahui pendirian agama-nya. Adakah lelaki seperti itu pilihan anda? Jika anda menginginkan pasangan yang terbaik, perbaikilah diri anda terlebih dahulu kerana Allah itu tidak pernah memungkiri janjinya.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula), dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (QS. An Nuur [24]:26)

2. Seorang yang bersemangat
Saya seorang lelaki. Jadi memang tidak sukar untuk melihat kriteria ini. Lelaki yang bangun ketika terbitnya matahari merupakan seorang kuat semangat untuk menempuh hidup pada masa mendatang. Bangun awal pagi memberikan gambaran bahawa beliau siap sedia untuk menghadapi cabaran hidup dengan penuh keriangan dan kesyukuran. Ini juga memberikan petanda bahawa segala masalah yang dihadapi dalam perkahwinan nanti akan mampu dihadapi bersama.

2. Mudah menunjukkan rasa sayang
Apakah pasangan anda selalu menyatakan ataupun menunjukkan rasa sayang pada anda setiap hari, walaupun untuk hal-hal yang kecil? Berdasarkan kajian, meluahkan rasa kasih sayang secara teratur akan memberikan satu kepuasan dalam sebuah perkahwinan. Adakah bakal suami anda bersifat begitu? Jika YA, ianya memang calon suami yang baik untuk anda.

3. Jujur dan menepati janji
Lelaki yang baik akan selalu berusaha untuk berkelakuan jujur dan menepati janjinya. Dia akan berusaha menepati janji yang pernah diucapkannya, datang ke pertemuan tepat waktu, memenuhi tanggung jawab dan kewajibannya dengan senang hati tanpa memperlihatkan rasa keberatan ataupun terpaksa sedikitpun. Apa yang ia katakan akan sama dengan yang dia maksudkan. Persiapkanlah diri Anda menjalani kehidupan yang menyenangkan bersama lelaki ini. Mungkin Dia adalah lelaki pilihan untuk anda.

4. Selalu menghabiskan waktu bersama anda
Memang kita akan merasakan hidup ini menjadi lebih ceria dan menyenangkan jika saat-saat manis dilalui bersama lelaki idaman. Lelaki yang baik tidak akan mensia-siakan waktu ketika bersama anda dengan kegiatan lain seperti mengadap komputer, laptop dan handphone mahupun menonton televisyen. Jika dia meninggalkan semua kegiatan itu ketika bersama dengan anda, memang layaklah dia menjadi lelaki pilihan yang baik untuk anda.

5. Penyayang dengan kanak-kanak
Cuba anda perhatikan, apakah pasangan lelaki anda memberikan perhatian kepada anak-anak sungguhpun anda belum lagi mempunyai anak. Adakah dia sudi bermain dengan anak-anak dan mengambil berat. Cuba tanya mereka, adakah anak-anak itu membosankan ataupun melucukan. Perhatikan gelagatnya ketika dikelilingi oleh anak-anak. Bagaimana persiapannya apabila sudah mempunyai anak sendiri nanti. Jika jawapannya YA dan bersifat positif, maka lelaki itu memang layak anda jadikan sebagai suami kerana berkemungkinan besar dia mampu menjadi ayah yang baik kepada anak anda nanti.

6. Periang
Apabila anda bercakap tentang sesuatu yang humor, dia mudah tertawa tetapi bukan bermaksud mentertawakan anda. Lelaki periang dan mudah tertawa ini baik untuk Anda.

7. Bertanggung Jawab
Dia menikmati pekerjaannya dan berusaha mengerjakannya dengan baik. Dia siap untuk menjalankan proyek baru, lengkap beserta tantangannya. Dia berbagi semangat kerja dengan Anda dan berusaha mengatasi kejenuhannya. Lelaki seperti ini tak hanya mencari nafkah lho. Dia memang senang bekerja dan bertanggung jawab. Mungkin Dia adalah lelaki pilihan untuk anda.

8. Sudi bekerjasama walaupun itu bukan permasalahannya.

9. Kesepakatan
Seperti yang saya katakan tadi, setiap orang mempunyai visi dan matlamat yang berlainan. Maklumlah ibu dan ayah masing-masing kan berbeza. Mungkin anda mempunyai keinginan untuk hidup mewah tetapi sidia lebih menyukai kehidupan yang sederhana. Memang inilah perkara yang selalu berlaku itu masalah kesepakatan. Jadi saranan cuba berada ditengah-tengah. Akan tetapi sekiranya visi dan keinginan anda dan pasangan anda sama maka teruslah hubungan hingga ke alam perkahwinan. Mungkin dia memang calon suami yang baik untuk anda.

11. Tahu menjaga diri.

12. Muda meminta Maaf apabila melakukan kesalahan.

13. Seorang yang romantik

14. Bukan seorang yang berlebih-lebihan apabila menyukai sesuatu.

15. Sentiasa dalam pertimbangan
Dalam bersikap, dia tidak tergesa-gesa dan selalu mempertimbangkan perasaan orang lain. Dia berusaha mematuhi hukum yang berlaku dan tidak mencurangi aturan main meski bermain sendiri. Mungkin tidak ada lelaki yang lebih baik dari lelaki etis ini. Mungkin Dia adalah lelaki pilihan untuk anda.

16. Menghormati antara satu sama lain
Menghormati yang saya maksudkan di sini ialah menghormati privacy anda. Setiap orang mempunyai keinginan, kemahuan dan kehidupan yang tersendiri. Sekiranya dia seorang yang menghormati privacy anda, beliau tidak akan keberatan untuk memberikan kebenaran sekiranya anda ingin berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Dia tidak perlu setiap hari untuk memeriksa panggilan keluar masuk dan juga sms dari handphone. Jika demikian tingkah lakunya, memang dia seorang yang sangat menghormati privasi anda. Akan tetapi anda juga hendaklah melakukan perkara yang sama sepertimana dia lakukan.

17. Seorang yang prihatin
Memang sukar untuk menilai dengan tepat adakah seseorang itu memberi perhatian kepada anda. Prihatin yang saya maksudkan di sini bukanlah sampai mengonkong kebebasan. Maksudnya begini, jika anda merasa dicintai dan diberi perhatian oleh teman lelaki anda dan apabila bersamanya anda dapat merasakan ketenangan dan kedamaian maka, itu menandakan pilihan anda adalah tepat, insha allah dia mempunyai ciri calon suami yang baik.

18. Baca SINI.

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.