Cara Semak Keputusan SPM 2015 Online Dan SMS

Semak keputusan SPM 2015. keputusan peperiksaan SPM diumumkan pada 03 Mac 2016. Calon-calon boleh mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan pada jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing.

Walaubagaimanapun bagi calon ataupun ibu bapa yang tidak menghadirkan diri ke sekolah pada tarikh tersebut, keputusan peperiksaan juga dapat disemak secara online dan juga melalui sistem pesanan ringkas(SMS).

Semak Keputusan SPM 2015 Secara Online

Semakan keputusan secara online boleh dilakukan selepas jam 10.00 pagi pada 3 Mac 2016 melalui pautan di bawah.

http://sppat.moe.gov.my/semakan

Semakan SPM 2015 melalui SMS boleh dibuat mulai jam 10.00 pagi pada 03 Mac sehingga jam 11.59 malam pada 9 Mac 2016. Cara semak melalui SMS adalah sebagaimana di bawah.

Cara semak keputusan SPM melalui SMS

Cara semakan keputusan SPM 2015 boleh dilakukan dengan menggunakan khidmat pesanan mySMS. Ikuti langkah-langkah sebagaimana di bawah.

1. Taipkan : SPM<jarakkan>No Kad Pengenalan<jarakkan>Angka Giliran Calon
Contoh: SPM 970804012435 AZC211389

2. Hantarkan ke : 15888

*Caj sebanyak 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan.

semak keputusan spm 2015

Akhir kata selamat maju jaya buat calon SPM 2015.

Leave a Reply