Borang Pendaftaran MyLesen Untuk Lesen Memandu Kelas B2

Borang pendaftaran MyLesen. Pihak JPJ akan melancarkan satu program yang dinamakan myLESEN – 1Rakyat 1Lesen. Melalui program ini mereka yang berkelayakan boleh memiliki lesen motosikal kelas B2 tunggal dengan kos yang lebih rendah iaitu RM299 termasuk GST berbanding harga semasa yang mencecah RM350.

Program myLESEN – 1Rakyat 1Lesen dilancarkan hasil kerjasama antara pihak Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang membabitkan penunggang motosikal dikalangan remaja. Dengan adanya program sebegini diharap ianya akan menggalakkan golongan muda memiliki lesen memandu motosikal yang sah.

download borang pendaftaran mylesen

Semua rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas dan tidak pernah mempunyai lesen memandu penuh ataupun lesen memandu percubaan adalah layak untuk memohon lesen memandu kelas B2 tunggal(tidak melebihi 250 cc).

Pendaftaran boleh dibuat bermula pada 15 September hingga 15 Oktober 2015 sahaja.

Syarat-syarat pendaftaran myLESEN – 1Rakyat 1Lesen

Calon-calon yang ingin membuat pendaftran myLESEN hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Warganegara atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas.
  3. MemilikiMyKad/Polis/Tentera/MyPR.
  4. Tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan.
  5. Tiada senarai hitam mahkamah, JPJ atau Polis.

Download borang pendaftaran myLESEN

KLIK UNTUK MUAT TURUN – BORANG PENDAFTARAN myLESEN

Borang pendaftaran myLESEN yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-

  1. Salinan fotostat MyKad/Polis/Tentera/MyPR.
  2. Borang Permohonan Ujian Undang-undang Jalan Raya(Bahagian I) Lisan yang telah diluluskan(bagi pemohon buta huruf atau lembam sahaja).

KLIK untuk melihat => Senarai institut memandu yang bersetuju dan dibenarkan untuk menyertai program myLESEN – 1Rakyat 1Lesen

Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi pusat institut memandu yang telah mendaftar program myLESEN dengan JPJ dan berdekatan dengan anda.

Leave a Reply