Buat Duit Dengan Youtube Dan Adsense : Ketahui Teknik Rahsia & “Sempoi” Jana Pendapatan 4 angka Sebulan

Posted on

Buat duit dengan Youtube. YouTube.com merupakan laman web yang begitu popular dikalangan pengguna internet di seluruh dunia. Adalah tidak masuk akal, sekiranya anda merupakan seorang pengguna internet tetapi tidak mengenali laman YouTube. Laman ini merupakan satu media online yang kita gunakan untuk memuatnaik video yang dirakam oleh kita sendiri ataupun untuk menonton video yang dimuatnaik oleh pengguna internet ke youtube secara percuma(gratis). Sekiranya anda merupakan seorang yang gemar menonton video di youtube, sudah tentu anda menggunakan banyak masa terluang untuk mencari dan menonton video menarik yang telah dupload oleh pengguna youtube yang lain dari seluruh dunia. Atas sebab inilah website ini menjadi antara salah satu media social yang paling banyak digunakan dan menjadi satu tempat buat duit di internet yang paling popular.

buat duit dengan youtube
Credit: Google Image

Sebelum itu saya ingin bertanya, apakah prinsip asas bisnes online yang menguntungkan?

Jawpannya adalah amat mudah sekali iaitu dimana-mana tempat yang menjadi tumpuan ramai pengguna internet, maka disitulah tempat yang mempunyai potensi untuk mendapatkan wang dan keuntungan yang tinggi. Pada masa sekarang ini memang terlalu ramai orang yang mampu buat duit dengan memuatnaik video-video mereka ke YouTube, sehingga mampu menghasilkan duit sehingga beribu-ribu ringgit sebulan. Bagaimanakah mereka mampu buat duit dengan youtube?

Mengapa YouTube Sangat Digemari Oleh Pengguna Internet

Salah satu sebab yang menjadikan youtube sangat digemari oleh pengguna internet ialah kerana konten(kandungan) video yang begitu nyata dan jelas. Tidak seperti konten berbentuk gambar ataupun teks yang kelihatan begitu kaku dan juga seperti dibuat-buat. Amat berbeza sekali dengan konten video yang seakan hidup dan menceritakan hal yang sebenar. Walaubagaimanapun kandungan video yang dimuatnaik oleh pengguna internet ke youtube mempunyai tujuan dan maksud yang berbeza-beza.

Ada sesetengah pengguna youtube memuatnaik video hanya sebagai hobi semata-mata, ada yang memuatnaik kandungan video sebagai tujuan untuk promosi bisnes dan juga events. Malahan ada juga yang mengupload video bertujuan untuk berkongsi informasi sesama pengguna internet di youtube. Dengan kepelbagaian konten yang begitu “hidup” menyebabkan ramai pengguna internet menghabiskan masa di youtube.

Terdapat banyak jenis video yang boleh didapati di Youtube. Antaranya ialah video berkaitan tips, video lucu, video tentang sains dan teknologi, video berbentuk dokumentari dan lain-lain. Pernahkah anda perasan semasa membuka laman youtube, anda melihat iklan samada di dalam video ataupun di bahagian sidebar. Iklan-iklan tersebut kebiasaannya akan muncul pada video-video yang mempunyai jumlah pageview yang banyak. Jadi keuntungan yang didapati oleh pemilik video tersebut adalah berasal dari klik iklan ataupun berapa banyakkah view iklan yang muncul di dalam video tersebut.

Contoh paparan iklan di youtube sebagaimana gambar di bawah ini,
cara buat duit dengan youtube

Bagaimana Buat Duit Dengan YouTube

Tiada cara lain jika kita ingin mendapatkan duit dari youtube selain daripada memuatnaik video yang menarik ke YouTube. Semakin banyak jumlah view pada video tersebut, makan semakin banyaklah duit yang mampu dihasilkan dari laman popular ini.

Akan tetapi sebelum itu, saya ingin tegaskan di sini bahawa artikel yang saya terbitkan ini tidak memberi jaminan bahawa video anda di youtube mampu memberikan sejumlah wang kepada anda. Artikel ini lebih kepada perkongsian maklumat mengenai langkah-langkah yang betul mengenai buat duit melalui laman youtube. Langkah-langkahnya adalah sebagaimana berkut:

Perlu Mempunyai Akaun Youtube

Membuat akaun youtube adalah merupakan satu perkara yang paling mudah, jika anda mempunyai salah satu akaun di google iaitu akaun gmail. Akaun gmail tersebut boleh digunakan untuk membuat akaun di youtube. Apa yang perlu anda lakukan ialah login ke akaun gmail anda dan setelah itu buka laman Youtube.com.

Anda boleh lihat contoh paparan sebagaimana di bawah:
bagaimana buat duit dengan youtube

Langkah seterusnya yang perlu dilakukan ialah membuat channel untuk akaun youtube anda. Klik “My Channel” yang terdapat pada sebelah kiri. Paparan “Use YouTube as…” akan kelihatan. Anda boleh memilih untuk menggunakan nama yang digunakan semasa mendaftar email di google ataupun menggunakan nama lain sebagai nama channel di YouTube.?

Jika anda ingin menggunakan nama lain sebagai nama channel anda seperti nama domain ataupun website anda, klik link “To use a business or other name, click here”, anda akan dibawa ke halaman yang baru dalam beberapa ketika.

Contoh sebagaimana di bawah,
buat duit dengan youtube

Masukkan nama channel yang sesuai. Pilih kategori yang sesuai dan jangan lupa tandakan tick pada bahagian “I agree to the Pages Terms” dan klik “Done”. Sebagai contoh saya menggunakan nama Rossaimi.com sebagai nama channel sebagimana di bawah.

cara buat duit dengan youtube

Setelah itu anda bolehlah mengubah penampilan paparan youtube anda dengan memasukkan gambar anda sendiri untuk icon, membuat cover dan lain-lain. jadi sekarang kita sudah mempunyai akaun youtube yang mempunyai channel yang khas.

Upload Video Ke Youtube

Jika ingin buat duit dengan youtube, kita mestilah mempunyai konten video yang unik dan original yang diupload di channel youtube kita. Kandungan video mestilah milik kita sendiri dan tidak melanggar hakcipta orang lain dari mulanya video hinggalah ke akhirnya. Bukan susahpun untuk mendapatkan konten video yang original pada zaman sekarang kerana masing-masing sudah mempunyai handphone yang canggih. Anda rakam sahaja kegiatan harian anda yang unik seperti sedang memancing, sedang bermain badminton dan sebagainya.

Jangan memasang keinginan yang tinggi jika hanya memuatnaik satu video ke youtube sahaja terus mengharapkan pulangan yang lumayan. Sekurang-kurangnya anda perlu memuatnaik antara 100-200 video menarik ke youtube supaya lebih mempunyai peluang yang lumayan. Semakin banyak video yang anda upload, maka semakin besarlah peluang anda untuk mendapatkan hasil yang lumayan dari youtube.

Tingkatkan Populariti Channel Youtube Anda

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan populariti channel youtube anda. Antaranya adalah sebagaimana berikut:

  1. Memuatnaik video yang unik dan menarik. Paling penting bagi saya ialah kualiti video yang dihasilkan dari resolusi dan imej video tersebut.
  2. Fokus kepada niche dan minat anda. Jika minat anda memancing maka uploadlah video-video yang menarik tentang aktiviti memancing anda.
  3. Kumpul ramai subcriber untuk channel youtube anda. Semakin ramai subcriber semakin besarlah peluang anda untuk mendapatkan duit dari youtube. Promosikan channel youtube anda ke social media yang lain seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Daftar Google Adsense

Walaupun terdapat banyak cara untuk mendapatkan hasil yang lumayan dari youtube tetapi ramai yang memilih google adsense untuk mendapatkan wang daripada video mereka. Klik banner di bawah untuk mengetahui rahsia dan cara buat duit dengan adsense.

Kebiasaannya anda akan menerima undangan daripada google adsense jika channel youtube anda mempunyai jumlah view yang banyak. Jika anda tidak mendapat undangan tersebut, anda masih boleh membuat permohonan untuk mendaftarkan akaun google adsense. Sebelum mendaftar baca dulu di SINI.

Ingat pendaftaran akaun adsense hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Anda tidak perlu mendaftar lagi jika anda sudah mempunyai akaun. Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba kaitkan dengan akaun youtube anda. Gunakan email yang sama antara akaun youtube dan juga akaun adsense.

Kunci penting untuk bermain dengan youtube ini ialah kreativiti. Semakin kreatif anda menghasilkan video maka semakin besarlah peluang anda untuk buat duit dengan youtube.

Kalau nak mudah dan lebih faham, baca – Teknik Rahsia & “Sempoi” Jana Pendapatan 4 angka Sebulan Di Youtube

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.