TUTORIAL:Cara Membuat Aplikasi Blog Untuk Handphone Android Secara Percuma

Tutorial Cara membuat aplikasi blog untuk handphone android. Pada masa sekarang penggunaan smartphone untuk melayari internet menjadi semakin popular berbanding daripada menggunakan PC desktop, laptop dan sebagainya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan kebanyakan pengunjung yang mengunjungi blog kita menggunakan handphone android ataupun IOS. Oleh yang demikian blog yang mobile friendly sudah pasti akan dikunjungi ramai.

Beberapa hari yang lepas google telah membuat pengumuman rasmi iaitu bermula 21 April 2015 salah satu faktor penentu ranking blog di SERP ialah mobile friendly . Selain mobile friendly, blog yang mempunyai indeks apps juga akan mempengaruhi kedudukan blog di SERP. Jadi kita haruslah menyediakan aplikasi yang khusus supaya blog ataupun website kita dapat diakses dengan handphone dengan cepat dan pantas.

Di bawah ini merupakan tutorial ringkas dari saya, bagaimana saya cuba menyediakan aplikasi khusus untuk mengakses blog melalui smartphone android secara percuma.

Cara Membuat Aplikasi Blog Untuk Android Secara Percuma

  1. Layari laman http://www.appsgeyser.com/ 
  2. Klik “Create Now”
  3. Klik icon “website”
  4. Masukkan “Website URL”, dan klik Next
  5. Masukkan “Apps Name”, dan klik Next
  6. Masukkan “Description”, dan klik Next
  7. Masukkan “Icon”.Pilih samada mahu menggunakan default ataupun custom dan klik Next
  8. Klik “Create APP
  9. Masukkan data sebagaimana gambar dibawah
  10. Sudah siap. Anda boleh download ataupun publish ke google
  11. “PUBLISH”kan. Samada hendak publish ke google playstore. Kalau nak jadikan widget di sidebar, sila pilih item no 3 “Place QR widget on your website

Sekian terima kasih. Sekiranya ada pertanyaan sila ajukan diruangan komen.

12 Comments

  1. Sentiasa Panas Mac 4, 2015
    • Blogger Pontian Mac 5, 2015
  2. blogger lelaki Mac 9, 2015
  3. Kanal Informasi Mac 12, 2015
    • Blogger Pontian Mac 22, 2015
  4. Mohd Selim Zainal Mac 21, 2015
  5. HABSAH BT MHD ZAIN Julai 29, 2015
    • Rossaimi Julai 30, 2015
  6. ahmad ruslan November 26, 2015
  7. ahmad ruslan November 26, 2015

Leave a Reply