Template SEO Friendly

Posted on

Anda menjumpai artikel ini dan mencari template SEO friendly? Anda silap kerana saya tidak menyediakan template SEO friendly di sini. Saya bukanlah seorang programmer ataupun ahli dalam menkotak-katikkan template blog. Artikel ini adalah lebih menjurus kepada apakah yang dimaksudkan dengan template SEO friendly. Anda boleh menekan butang X untuk tutup ataupun terus membaca artikel ini.

Template ataupun theme sesebuah blog adalah satu design yang mempunyai struktur untuk menampilkan sesebuah blog dan dibina menggunakan bahasa ataupun kod programming seperti php,html dan juga css. Tujuannya ialah supaya apa yang tuliskan atau publishkan di blog akan dapat dibaca oleh pengguna internet dengan bantuan browser.

Untuk melihat kod sesebuah website, cuba anda tekan CTRL+U pada papan kekunci(keyboard. Anda akan nampak page source sesebuah blog. Maka disitulah akan kelihatan kod-kod yang sukar difahami oleh mereka yang tidak berpengalaman dalam bidang koding. Jadi website yang terpapar di browser seperti google chrome, mozilla firefox, internet explorer dan sebagainya adalah hasil daripada pengolahan kod-kod tersebut.

template seo friendly

Manakala SEO pula ialah Proses optimasi yang berlaku di enjin carian.Proses optimasi ini dilakukan supaya ianya sesuai dengan algoritma ataupun garis panduan yang ditetapkan oleh enjin carian. Manakala friendly pula ialah dari perkatan berbahasa inggeris yang bermaksud mesra, ramah dan senang diajak berkawan.

Jadi maksud template SEO Friendly ialah satu design, struktur website yang begitu mesra dengan enjin carian.

Ciri-ciri template SEO friendly

Saya bukan seorang pembuat template dan juga bukan pakar SEO Malaysia. Apa yang saya tuliskan dibawah ini adalah berdasarkan pendapat peribadi tentang ciri-ciri template SEO friendly:

Baca juga mengenai: Cara Daftar Blog Di Google Webmaster Tool

  1. Mempunyai struktur yang baik. Blog juga seperti sebuah rumah. Setiap rumah pastinya mempunyai bilik-bilik. Sebuah rumah yang baik merupakan sebuah rumah yang teratur kedudukan dalamannya dan mempunyai ruangan yang berasingan untuk fungsi yang berasingan. Sekiranya kita datang ke rumah itu dan didapati rumah itu tidak tersusun dan bercampur aduk maka sudah tentu kita pun akan merasa kebingungan. begitu juga dengan enjin pencari.
  2. Pengunjung(crawler) yang baik apabila mengunjungi rumah kita(website),ia akan berada di persekitaran ruamah terlebih dahulu. Apabila diajak masuk barulah mereka duduk diruang tamu rumah(homepage) kita. Selepas itu barulah ia menuju ke ruang makan ataupun ruangan dapur. Begitu juga robot, ia akan melihat-lihat homepage blog anda terlebih dahulu, konten dan selepas itu sidebar dan juga footer.
  3. Cuba bayangkan jika rumah kita tidak mempunyai ruang-ruang, bilik, tingkap, langsung dan sebagainya, apakah yang akan disangka oleh tetamu kita. Ini rumah ke gudang tempat simpan barang? Jadi setiap ruang ataupun kawasan kita perlu nampak dengan jelas. Begitu juga dengan template, perlu betul kedudukan H1, H2, H3, bold dan sebagainya.
  4. Kebiasaanya tetamu yang mengunjungi rumah kita akan memberikan salam terlebih dahulu. Cuba bayangkan kalau kita melengah-lengahkan untuk menjawab salam tersebut ataupun membuka pintu, apa akan berlaku pada tetamu tersebut. Sudah tentu ia akan meningggalkan rumah kita ini. Sebagai tuan rumah kita perlu cepat-cepat buka pintu dan menjawab salam. Begitu juga halnya dengan template. Jikalau template yang kita miliki memiliki loading yang lambat sudah tentu robot tidak akan datang lagi selepas itu.
  5. Untuk membuat sebuah rumah kita perlu meneliti bahan-bahan yang digunakan terlebih adahulu. Adakah ianya mampu bertahan untuk sesuatu jangka masa ataupun ketika perkara buruk berlaku. Begitu juga dengan template. Adakah tempalate tersebut valid html5, valid CSS dan sebagainya.

Adakah menggunakan template SEO friendly itu satu keperluan

Apakah dengan hanya menggunakan template SEO friendly, kedudukan artikel ataupun blog anda terjamin di SERP. Bagi saya jawapannya tidak sama sekali. Template SEO hanyalah salah satu syarat SEO, masih banyak lagi faktor-faktor lain di luar sana.

Sekian sahaja pendapat kosong dari Rossaimi. Sekiranya anda ingin mencari template yang sesuai untuk blog anda, cuba gunakan kata kunci “template seo friendly“.

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.