Kepentingan Alt Tag Pada Gambar

Posted on

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa fungsi Alt tag pada gambar merupakan sesuatu penting dalam mengoptimumkan SEO sesebuah artikel pada blog. Ia merupakan antara prinsip asas SEO blog tahun 2015 ini.

Alt tag mempunyai fungsi seakan keyword pada gambar. Perkara yang perlu diketahui ialah enjin carian tidak akan membaca gambar tetapi membaca tajuk, alt dan juga description tag pada gambar sahaja. Jadi buatlah alt tag dan isikan sedikit description mengenai gambar tersebut.

pentingkah Alt Tag Pada Gambar Untuk Blog

Ya, saya mengatakan ianya amat penting untuk mengoptimumkan SEO pada blog. Cuba anda buka browser dan gunakan google search image. Carilah apa-apa pun yang ingin anda cari dengan menggunakan kata kunci. Cuba taipkan kata kunci anda. Paparan yang akan dikeluarkan adalah nama gambar tersebut yang menyamai dengan kata kunci yang anda cari itu. Ini bermakna enjin carian juga menggunakan alt tag tersebut untuk meletakkan gambar yang anda kehendaki di enjin carian.

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.