Cara Daftar Blog Di Google Webmaster Tool

Posted on

Artikel cara daftar blog di webmaster tools ini khas bagi mereka yang baru sahaja membaca cara membuat blog samada menggunakan platform blogger ataupun wordpress self-hosted. Setiap blog yang baru dibina perlu didaftarkan ke google webmaster tool. Ini kerana google webmaster tools berfungsi untuk melakukan pemantauan pada blog anda.

Selain daripada melakukan pemantauan, fungsi google webmaster tools antara lainnya ialah merekodkan link yang masuk dan keluar dari blog. Ianya boleh membantu anda untuk mengoptimumkan SEO laman anda dan mendapatkan informasi yang lengkap bagaimana sang crawler merayapi website anda dan juga memberitahu masalah-masalah yang berlaku pada blog.

Sila baca : Cara Buat Blogspot Sendiri

cara daftar blog di google webmaster tool

OK. bagaimanakah cara daftar blog dan melakukan verification di google webmaster tools.

  1. Klik halaman Google Webmaster Tools. Login dengan memasukkan akaun gmail anda dan password
  2. Masukkan URL Blog baru anda dengan mengklik icon “ADD A SITE”.
  3. Pergi ke Icon setting yang terletak di penjuru sebelah kanan dan pilih menu “verification detail”
  4. Selepas ini anda akan dibawa ke halaman verification
  5. Pilih verify using a different method
  6. Pilih cara verification method iaitu HTML Tag
  7. Salin code seperti gambarajah di bawah
  8. pastekan code tersebut di template blog anda di bawah code <head>. sebagaimana gambarajah di bawah.
  9. Simpan
  10. Langkah terakhir ialah dengan klik Verify pada halaman verification di google webmaster tools tadi.
  11. Selesai

Selesai sudah tutorial cara daftar blog di webmaster tools. Sekian terima kasih

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.