Top Ten Best Malaysia Blog 2015

Posted on

Best Malaysia Blog 2015-Tinggal hanya beberapa hari lagi tarikh penyertaan contest SEO Malaysia Best Blog 2015 sampai ke penghujungnya. Tarikh terakhir untuk menghantar penyertaan ialah pada 18 Februari 2015. Contest ini pula berlangsung dari 15 Januari 2015 hingga 31 Mac 2015.

Sebelum itu, ingin Rossaimi mengambil kesempatan yang terhad ini untuk mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di atas kembalinya allahyarham ke sisi Allah S.W.T. Semoga roh allayarham TGNA ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin..

Ok..berbalik semula kepada tajuk asal, contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com dengan menawarkan hadiah lumayan RM1500 kepada pemenang tempat Pertama. Pemenang tempat kedua hingga kesepuluh pula akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50 setiap seorang.

Pemilihan Malaysia Best Blog 2015 bukanlah pilihan yang dibuat daripada mana-mana syarikat korporat, agensi dan sebagainya tetapi ianya dipilih daripada kalangan blogger Malaysia itu sendiri. Setiap blogger yang memilih mempunyai kriteria pemilihan yang tersendiri dan unik. Maka sudah tentulah blog yang dipilih mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.

List Top Ten Best Malaysia Blog 2015

Senarai 10 blog di bawah ini bukanlah hasil daripada kriteria pemilihan saya. Tetapi ianya hasil undian yang dibuat berdasarkan artikel yang ditulis oleh setiap blogger yang menyertai pertandingan tersebut. Blog yang tersenarai di bawah ini merupakan antara 10 yang terbanyak dipilih menghiasi setiap artikel berkenaan dengan Best Malaysia Blog 2015. Hasil undian yang dibuat ini adalah daripada titik peluh seorang rakan blogger iaitu saudara Hasrul Hassan. Terima kasih diucapkan kepada Sifu SEO Hasrul Hassan.

Blog Undian TerbanyakJumlah Undian
Ohduit.com55
Denaihati.com39
HasrulHassan.com36
AhmadFaizal.com21
Honeykoyuki.blogspot.com20
Kujie2.com18
Benashaari.com15
Tiffinbiru.com13
NameeRoslan.blogspot.com11
Akmaomar.com&Abangensem.com10

Itulah antara 10 blog paling banyak menerima pencalonan daripada rakan blogger yang menyertai pertandingan tersebut. Adakah blog anda tersenarai di sana. Kalau nak tahu sila rujuk – Sumber

Mengapa blog-blog mereka terpilih? buka google dan cari blog mereka.

Akhir kata bagi yang belum menyertai contest tersebut, masih ada masa lagi untuk menghantar penyertaan sehingga 18 Februari ini. Selapas itu ianya akan ditutup bagi memberi peluang untuk peserta http://www.blogginspired.com/malaysia-best-blog-2015.html menghenjut sehingga garisan penamat pada 31 Mac 2015 ini.

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.