Cuba Elakkan Daripada Melakukan Link Building

Posted on

Ringkas dan tepat..”Secara umumnya, saya akan cuba mengelakkannya”…Antara jawapan yang diberikan oleh Google Webmaster Trends Analyst iaitu John Mueller susulan daripada pertanyaan seorang webmaster berkenaan dengan pembinaan link building iaitu “is link building in any way good?”.

Memang sepatutnya kita perlu menghindari pembinaan link secara aktif, tetapi kita haruslah mengetahui bahawa backlink masih lagi menjadi satu keperluan. Pada masa sekarang kebanyakan link yang dibina terus kepada satu tujuan dengan hanya menggunakan anchor text yang tertentu sahaja. Cara begini adalah salah dan merupakan antara faktor kesalahan membina backlink.

Apa yang John Mueller maksudkan sekiranya blog lain memberikan link kepada blog kita, ianya seharusnya link yang datang daripada dalam artikel dan bukannya link yang aktif daripada ruangan komen ataupun signature diforum-forum. Dengan lain perkataan ialah anchor text yang diberikan oleh blog tersebut adalah mengikut citarasa penulis blog itu sendiri walaupun ianya tidak sesuai denga kata kunci yang kita mahukan. Tetapi biarlah ada relevancy dan referency. Kepelbagaian anchor text ini akan menimbulkan kenaturalan di mata google.

Penjelasan John Mueller melalui video yang berdurasi 1 jam 55 minit.

Selepas melihat video tersebut, adakah anda akan terus berhenti daripada melakukan link building?

Forum discussion di Bersosial

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.