Berhati-hati Membuat Private Blog Network

Posted on

Tindakan terbaru daripada google ialah mengeluarkan blog yang menggunakan Private Blog Network daripada google search result.Private Blog Network juga dikenali dengan nama singkatannya iaitu PBN. Google akan menghantar mesej “Thin Content” spam menerusi “manual action” notis di webmaster tools kepada webmaster yang melanggar webmaster gudelines.

Private Blog Network ataupun PBN merupakan satu kumpulan blog ataupun website yang dipunyai oleh seseorang. Private Blog Network dibina adalah untuk membina backlink di dalam suatu rangkaian dengan tujuan supaya satu artikel tertentu mendapat kedudukan yang baik di SERP. Ianya hanya nampak private dari kalangan pembaca tetapi tidak di mata google. Google memang membenci link yang dibina hanya semata-mata untuk tujuan ranking SEO.

So moral of the story kepada sesiapa yang menggunakan private blog network, berhati-hatilah. Hapuskan footprint anda dan jauhkan black hat dan juga grey hat SEO.

Sumber: Google Targets Private Blog Network

Gravatar Image
Seorang blogger yang sedang mempelajari perkara-perkara berkaitan blog, SEO dan bisnes online. Ingin berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai di blog personal ini. Jom follow Rossaimi di Facebook, Twitter, dan juga Google+.